Official Website    

KURSUS EMERGENCY TABLETOP EXERCISE (TTX) 2025 DI ZON PUSAT BAHASA MODEN

PEKAN, 22 Julai 2025 – Seramai 36 orang staf daripada Pusat Bahasa Moden (PBM) dan beberapa Pusat Tanggungjawab (PTJ) lain di Zon PBM, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), telah menyertai Kursus Emergency Tabletop Exercise (TTX) 2025 anjuran Unit Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKPP) PBM. Kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan kecekapan staf dalam menghadapi situasi kecemasan secara terancang dan berstruktur. 

PBM DI INTER-PTJ CATUR UMPSA 2025: BUKAN SEMUA CHECKMATE, TAPI BANYAK BELAJAR!

PEKAN, 31 Julai 2025 – Suasana di Dewan Peperiksaan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bertukar meriah sebaik sahaja peserta berkumpul untuk Kejohanan Catur Antara Jabatan (Inter-PTJ) 2025 anjuran Pusat Sukan, UMPSA. Tepat jam 9.00 pagi, taklimat pertandingan dimulakan dan dewan seketika bertukar sunyi – tanda fokus minda-minda tajam yang bakal beradu strategi di papan catur. 

PUSAT BAHASA MODEN DI KEJOHANAN BADMINTON INTER-PTJ UMPSA: SUKAN JADI PENYATU, MENANG SEKADAR BONUS

PEKAN, 29 Julai 2025 – Pasukan Pusat Bahasa Moden (PBM) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) hadir dengan semangat kesukanan yang membara dalam Kejohanan Badminton Inter-PTJ UMPSA 2025. Kejohanan ini sertai oleh warga PBM dari pelbagai jawatan, penyertaan ini bukan sahaja menyemarakkan suasana kejohanan, malah menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim, melepaskan tekanan kerja, serta menyuburkan budaya gaya hidup sihat dalam kalangan staf.  

JABATAN BAHASA ASING PBM ANJUR BENGKEL PEMURNIAN KURSUS SIRI 1

PEKAN, 25 Julai 2025 – Jabatan Bahasa Asing, Pusat Bahasa Moden (PBM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Kursus Bahasa Asing Siri 1 sebagai usaha memperkukuh dan menyelaraskan kandungan kursus bahasa asing dan bahasa warisan dengan kehendak semasa industri serta dasar Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). 

PBM RAI GAYA HIDUP SIHAT DAN ILMU BAHASA MELALUI “RITMA CERGAS, RENTAK BAHASA”

PEKAN, 16 Julai 2025 – Unit Sukan dan Rekreasi, Pusat Bahasa Moden (PBM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memperkenal pendekatan baharu bagi memperkasa kesejahteraan warga kerja melalui program unik bertemakan Ritma Cergas, Rentak Bahasa, bersempena pelancaran Minggu EKSA x KKP x Sukan PBM 2025 di Tasik Rekreasi UMPSA Pekan.