PBM RAIH KECEMERLANGAN DI MAJLIS HARI KUALITI & INOVASI UMPSA 2024
PEKAN, 13 Jun 2025 – Pusat Bahasa Moden (PBM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus mencipta rekod kecemerlangan apabila meraih pelbagai pengiktirafan dalam Majlis Hari Kualiti dan Inovasi UMPSA 2024 yang berlangsung di Dewan Serbaguna UMPSA, Kampus Pekan.
Bertemakan ‘Kewibawaan Diperkasa, Menjulang Kecemerlangan’, majlis berprestij ini menyaksikan pengiktirafan kepada individu dan pusat tanggungjawab (PTJ) yang telah menunjukkan prestasi luar biasa dalam pelbagai bidang yang menyumbang kepada pembangunan universiti secara menyeluruh.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMPSA, Profesor Dr. Yatimah Alias yang turut menyampaikan penghargaan kepada penerima anugerah.
PBM telah mencuri tumpuan apabila berjaya merangkul pelbagai pencapaian yang membanggakan seperti berikut:
🔸 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 – Kluster Ketua Jabatan
- Prof. Madya Dr. Nik Aloesnita binti Nik Mohd Alwi
🔸 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 – Kluster PTJ PBM
- Nor Ashikin binti Sulaiman
- Nurul Haniza binti Haron
- Rosjuliana Hidayu binti Rosli
- Hamizah binti Zahari
🔸 Anugerah Akademik Universiti - Anugerah Pengajaran
- Nurkarimah binti Yusof
🔸 Anugerah Micro-Credentials
- Dr. Ezihaslinda binti Ngah
- Noor Azlinda binti Zainal Abidin
- Abdul Jalil bin Abdul Rahim
🔸 Anugerah Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu (Kategori PTJ)
🔸 Anugerah e-Pembelajaran Universiti
🔸 Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKKP) – Kategori Residen Pelajar
- Rosjuliana Hidayu binti Rosli (Pengetua Residen Pelajar 3)
🔸 Kategori Berpasukan Terbaik (Wanita) – Bola Tampar Wanita
- Najjahul Huda binti Hassan
Prof. Madya Dr. Nik Aloesnita, Dekan PBM, menyifatkan pencapaian ini sebagai bukti dedikasi dan semangat berpasukan seluruh warga PBM. Menurut beliau, kejayaan ini adalah hasil usaha gigih, inovasi berterusan, serta kesediaan warga PBM untuk terus menyesuaikan diri dengan perubahan dalam dunia pendidikan tinggi.
Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan, malah menjadi pemangkin kepada budaya kerja cemerlang yang akan terus diperkasakan di PBM. Kejayaan ini hanyalah permulaan kepada lebih banyak pencapaian cemerlang yang bakal dilakar pada masa hadapan.
Dengan iltizam dan komitmen berterusan, PBM bersedia untuk terus menjadi pusat kecemerlangan bahasa dan inovasi pendidikan di UMPSA.
Disediakan oleh: Rosnani Ismail & Siti Ainun Jariyah Hassan