Previous Next
">

PAMERAN INOVASI SEMPENA MINGGU EKSA PBM

Pekan, 25 Julai 2024- Satu pameran inovasi sempena minggu EKSA PBM 2024 telah diadakan di Pusat Bahasa Moden Kampus UMPSA Pekan. Pameran inovasi ini berhasrat untuk mendukung amalan dan pembudayaan EKSA melalui kreativiti dan inovasi di kalangan warga PBM.

Pameran ini terbahagi kepada dua kategori utama iaitu kategori individu dan kategori berkumpulan. Tema untuk kategori individu ialah “Hiasan pejabat” manakala tema untuk kategori berkumpulan ialah “Kemerdekaan”. Pameran ini menyaksikan 10 penyertaan iaitu 6 kategori inidividu dan 4 kategori berkumpulan.

Berikut ialah senarai penyertaan pameran inovasi ini:

1

Rajah 1: Senarai penyertaan secara individu dengan tema “Hiasan pejabat”

 

2

Rajah 2: Senarai penyertaan secara berkumpulan dengan tema “Kemerdekaan”

Menurut Shamsul Harbi, beliau mengambil peluang menyertai pameran inovasi ini untuk berkongsi idea dan kreativiti beliau dengan menghasilkan sebuah beg serbaguna yang boleh digunakan di pejabat. Beg serba guna ini dihasilkan dari seluar jean dan tali pinggang terpakai miliknya. Selain mendatangkan manfaat baru hasil dari kreativiti mengtranformasikan sesuatu bahan kitar semula, aktiviti ini juga menjadi terapi dan mengisi masa lapang beliau dengan perkara yang mendatangkan manfaat.

Selain itu, menurut Nur syafawati Sabuan pula, penyertaan beliau pada kali ini adalah untuk kategori berkumpulan berbanding pada tahun lalu secara individu. Hal ini bukan sahaja menunjukkan sokongan terhadap amalan dan aktiviti EKSA tetapi secara tidak langsung memupuk semangat berpasukan, kerjasama dan toleransi dalam kalangan warga PBM itu sendiri. Beliau berharap aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi dari semasa ke semasa.

Selain itu, terdapat 4 orang juri telah dilantik untuk mengadili pertandingan ini: dua orang juri dari PBM iaitu Dr. Fatimah Ali dan Profesor Madya Dr. Hafizoah Kassim, seorang juri dari Jabatan Pendaftar iaitu Puan Sariyati Nayan dan seorang lagi juri dari Pusat Teknologi Digital iaitu Ts. Rosmalissa Jusoh. Keputusan pameran inovasi EKSA ini dijangka akan diumumkan pada bulan Ogos 2024 nanti.

Disediakan oleh: Jamilah Bebe Mohamad & Amy Zulaikha Mohd Ali


Print   Email