MEMPERKASA PENGUASAAN BAHASA SEPANYOL MELALUI "SPELLING BEE"
14 Februari 2026 – Program Hablar Español Con Spelling Bee 2026 yang dianjurkan oleh Kelab Bahasa Sepanyol UMPSA (Espansia Club) pada 14 Februari 2026 secara dalam talian melalui platform Microsoft Teams telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan pelajar daripada kursus bahasa Sepanyol A1 dan Spanish for Intermediate yang bertanding dalam kategori Beginners dan Intermediate.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kosa kata, kemahiran ejaan serta keyakinan pelajar dalam pengucapan awam melalui pertandingan yang interaktif dan mencabar. Selain itu, program ini turut menguji keupayaan peserta dalam mengenal pasti dan mengeja perkataan bahasa Sepanyol yang lebih kompleks dan teknikal.
Sepanjang pelaksanaan program, para peserta menunjukkan komitmen dan semangat daya saing yang tinggi. Penglibatan aktif mereka turut memperlihatkan tahap penguasaan bahasa yang memberangsangkan serta keyakinan diri dalam menggunakan bahasa asing dalam suasana yang lebih formal.
Program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan serta memberi impak positif dalam meningkatkan minat dan motivasi pelajar terhadap pembelajaran bahasa Sepanyol. Selain itu, para peserta yang berjaya menjuarai pertandingan bagi setiap kategori telah menerima hadiah berupa wang tunai sebagai penghargaan atas pencapaian mereka.
Program ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang dengan penambahbaikan dari segi promosi serta penglibatan peserta yang lebih meluas.
Disediakan oleh: Azlina Mohd Ariffin