">

MAJLIS APRESIASI PUSAT BAHASA MODEN TAHUN 2023 STAF DIHARGAI, KUALITI CEMERLANG

Rabu 17 April 2024: Di setiap tempat kerja, kualiti kerja yang dihasilkan berkait rapat dengan tahap penghargaan yang diberikan kepada kakitangan. Hubungan simbiotik ini membentuk asas budaya organisasi yang berkembang maju, di mana pengiktirafan usaha berfungsi sebagai pembakar untuk meningkatkan prestasi dan kepuasan kerja.

Sebagai pemimpin, memahami dan menghargai tindakan ini akan menyuntik semangat bekerja yang luar biasa dan mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni. Pusat Bahasa Moden UMPSA telah mengadakan Majlis Apresiasi PBM 2023 bagi meraikan pencapaian staf-staf di PBM bagi tahun 2023. Terdapat 15 anugerah yang telah disampaikan oleh Pengurusan PBM kepada staf yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Berikut adalah senarai anugerah serta penerima bagi anugerah-anugerah yang telah disampaikan:

1

Anugerah Tokoh Staf

Pelaksana (Pentadbiran)

Encik Muhamad Aizat Zulkifli

2

Anugerah Tokoh Staf Pelaksana

(Perkhidmatan Teknikal)

Encik Mohd Edeazry Hamzah

3

Anugerah Akademik Terbaik

(Bahagian Bahasa Inggeris)

Puan Arulselvi A/P Uthayakumaran

4

Anugerah Akademik Terbaik

(Bahagian Bahasa Asing)

Cik Jamilah Bebe Mohamad

5

Anugerah Sukan & Permainan

Pemenang Emas Petanque,

Sukan Staf UMPSA 2023

Prof. Madya Dr. Hafizoah Kassim & Pn Hajah Noor Azlinda Zainal Abidin

6

Anugerah Khidmat Masyarakat

 (Giat aktif isu Palestine)

Puan Rosjuliana Hidayu Rosli

7

Anugerah Penerbitan

(3 Artikel Berindeks Scopus, 2 Prosiding Berindeks Scopus, 2 Artikel Berindeks Mycite, 2 Artikel Berita)

Dr. Nor Yazi Khamis

8

Anugerah Penulisan Popular

(1 penerbitan di CREATE UMPSA, 5 penerbitan di UMPSA News & 1 penerbitan di PBM News)

Puan Amy Zulaikha Mohd Ali

9

Anugerah Khas Unit Eksekutif

Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (Penarafan Audit KKP 2023, 87.35%)

Penyelaras, Puan Nor Ashikin Sulaiman

10

Anugerah Inovasi

(Pembinaan Sistem Aduan Pelanggan PBM)

Encik Badrul Naim Abidin

11

Anugerah Penyelidikan

(RM31,810 jumlah geran pada tahun 2023)

Prof. Madya Dr. Zuraina Ali

12

Anugerah Kajian Tindakan

(2 Geran Kajian Tindakan PBM)

Puan Nurkarimah Yusuf

13

Anugerah Penyeliaan

(6 pelajar Ijazah Doktor Falsafah & 1 pelajar Ijazah Sarjana)

Prof. Madya Dr. Hafizoah Kassim

14

Anugerah Khas Dekan PBM

(Pembangunan 7 SOP Akademik 2023)

Unit Kualiti, Penyelaras, Dr Asiah Kassim

15

Anugerah Content Digital 2023

Pelaksana Global Classroom (GC), Pembangun Kursus Micro-Credential (MC), Pelaksana Kursus Modular, Pelaksana Pembelajar Teradun Sokongan (SBL)

 

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah dan semoga terus maju jaya dalam kerjaya dan lapangan masing-masing. Duduk seorang bersempit-sempit, duduk bersama berlapang-lapang Begitulah resam yang diterapkan di PBM dimana kebanyakan program dan aktiviti di pusat ini dilaksanakan bersama-sama tanpa mengira skim dan gred jawatan. Dalam rencah kehidupan bekerja dalam organisasi, berkerja dalam pasukan adalah tunggak utama dalam membentuk organisasi yang diwarnai dengan kepelbagaian bakat. Kecemerlangan sesebuah organisasi merupakan satu proses dan usaha secara kolektif oleh semua staf dalam mencapai misi dan visi yang telah ditetapkan. Hal ini demikian kerana, disebalik pencapaian yang diterima oleh individu pasti ada usaha sama transformatif kerjasama dalam membentuk kejayaan tersebut. Oleh yang demikian kejayaan hari ini adalah kejayaan kita semua sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Acara majlis apreasasi ini dimeriahkan lagi dengan aktiviti cabutan bertuah dan majlis pertukaran hadiah dalam kalangan staf. Semoga majlis sebgini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

Disediakan oleh: Muhamad Aizat Bin Zulkifli & Jamilah Bebe Mohamad.


Print   Email