Previous Next
">

SEDIA UNTUK BERAKSI: PERANAN STAF TEKNIKAL MENYAMBUT SEMESTER BARU

7 OKTOBER 2024 - Bersempena dengan ketibaan Semester I Sesi 2024/2025, staf teknikal Pusat Bahasa Moden (PBM) sedang giat melaksanakan persediaan yang teliti dan menyeluruh untuk memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Persediaan ini merangkumi penyemakan dan penyelenggaran peralatan di makmal bahasa, penyusunan perabot seperti meja, kerusi, dan papan tulis, serta pengemaskinian kelas dan aspek kebersihan. Kelas dan makmal PBM akan mula digunakan sepenuhnya untuk PdP bermula hari ini sehingga tamat semester ini. Persediaan menyeluruh ini akan membantu menyediakan persekitaran yang kondusif dan efisien bagi semua pihak, selain menjamin kelancaran proses PdP sepanjang semester.

Usaha dan tindakan staf teknikal ini adalah untuk mencipta suasana persekitaran PdP yang kondusif dan efektif bagi pelajar. Selain itu, persediaan awal ini juga akan memberikan keselesaan kepada tenaga pengajar untuk memulakan sesi kuliah tanpa sebarang gangguan seperti peralatan tidak berfungsi, kedudukan perabot yang tidak teratur, suasana kelas yang tidak bersih serta aspek keselamatan yang terjamin. Hal ini demikian kerana kita tidak mahu berlakunya sebarang kemalangan atau insiden tidak diingini semasa sesi kuliah berlangsung.

Selain itu, Pusat Bahasa Moden (PBM) juga telah menerima tujuh unit "smart board" baharu, yang dijangka dapat meningkatkan kualiti serta memudahkan urusan PdP pada semester ini. Penggunaan “smart board” ini diharap dapat meningkatkan interaksi antara tenaga pengajar dan pelajar, dalam meraikan pendidikan secara moden pada masa kini. Menurut Cik Najjahul Huda Hassan, Penyelaras Teknikal PBM, penggunaan "smart board" yang bermula semester ini diharapkan dapat meningkatkan motivasi serta penyertaan aktif pelajar sepanjang sesi PdP.

Encik Badrul Naim Abidin, salah seorang staf teknikal, turut mengingatkan semua staf dan pelajar tentang kepentingan menjaga peralatan guna sama di dalam kelas dan makmal bahasa. “Peralatan ini bukan sahaja berharga, tetapi perlu berfungsi dengan baik agar tidak mengganggu proses PdP yang akan berlangsung," ujarnya.

Semoga dengan usaha dan tindakan awal yang dilaksanakan oleh kesemua staf teknikal ini menjadikan permulaan semester ini lebih baik untuk pengajar dan pelajar. Diharapkan semua pihak dapat menjalani sesi PdP dengan lancar dan penuh semangat. Terima kasih kepada semua yang terlibat, dan selamat datang ke Semester I Sesi 2024/2025!

Semester baru bakal bermula,
Staf teknikal bersiap sedia,
Persediaan rapi telah dilaksana,
Keselamatan dan keselesaan tanggungjawab bersama.

Penulis: Jamilah Bebe binti Mohamad


Print   Email