PENGUMPULAN KATA-KATA SEMANGAT BERTEMAKAN HARAPAN: INSPIRASI DI SEBALIK HARI BAHASA IBUNDA ANTARABANGSA 2025 DI PUSAT BAHASA MODEN
Sambutan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa (HBIA) 2025 tidak hanya meraikan kepelbagaian Secara umumnya sambutan HBIA bermula dari peristiwa di negera Bangladesh pada tahun 1952, di mana perjuangan mempertahankan penggunaan bahasa Benggali sebagai bahasa ibunda yang akhirnya membawa kepada pengiktirafan kepentingan bahasa dalam identiti dan warisan budaya. bahasa, tetapi juga memupuk semangat perpaduan dan saling mengerti antara pelbagai budaya.
Pada tahun ini, kami berjaya mendapatkan kata-kata bermakna dalam pelbagai bahasa dengan tema “Harapan” yang diberikan oleh tenaga pengajar dan para pelajar. Ungkapan-ungkapan ini akan disampaikan dalam pelbagai bahasa ibunda dunia. Walaupun tenaga pengajar ini tidak berasal dari negara yang menggunakan bahasa tersebut, mereka tetap mengajar bahasa ibunda ini sebagai bahasa kedua dan bahasa asing di Pusat Bahasa Moden (PBM). Dedikasi dan usaha mereka bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar mempelajari pelbagai bahasa dunia tetapi juga meningkatkan nilai tambah dalam diri pelajar, terutamanya dalam penguasaan pelbagai bahasa.
Selain itu, belajar dan mengajar bahasa asing memberikan pelbagai kelebihan, termasuk meningkatkan kognitif, komunikasi lintas budaya dan daya saing di peringkat global. Penguasaan lebih daripada satu bahasa membolehkan pelajar memahami perspektif baharu, beradaptasi dalam persekitaran antarabangsa serta memperkukuh peluang kerjaya dalam bidang akademik, hubungan diplomasi dan perniagaan.
Inisiatif bagi merealisasikankan penghayatan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa 2025, kata-kata semangat bertemakan “harapan” telah dikumpulkan dalam pelbagai bahasa berperanan sebagai pemangkin motivasi kepada pelajar dan staf UMPSA serta masyarakat umum. Kata-kata semangat ini bukan sekadar susunan frasa yang indah, tetapi membawa mesej yang mendalam mengenai keazaman, ketahanan, keupayaan dan harapan dalam menghadapi cabaran. Dalam konteks HBIA, ungkapan ini memperkukuh makna bahasa sebagai alat penyampaian emosi, nilai, dan budaya yang diwarisi turun-temurun.
Dengan menghayati kata-kata semangat ini, kita dapat menghargai keindahan dan kekuatan bahasa dalam membangkitkan inspirasi serta membina jati diri. Semoga perkongsian ini bukan sahaja memberi penghormatan kepada kepelbagaian bahasa, tetapi juga menyemarakkan semangat untuk terus mempertahankan dan memartabatkan bahasa ibunda masing-masing. Berikut merupakan kata-kata semangat yang dikongsikan dalam penulisan ini:
Semoga perkongsian ini bukan sahaja memberi penghormatan kepada kepelbagaian bahasa, tetapi juga menyemarakkan semangat untuk terus mempertahankan dan mengembangkan bahasa ibunda dalam kehidupan seharian. Dengan itu, kita bukan sahaja menjaga warisan nenek moyang kita, tetapi juga memastikan bahawa generasi akan datang dapat menikmati kekayaan budaya yang kita warisi.
Disediakan oleh: Jamilah Bebe Mohamad & Aaron Gan Yu Cheng & Leong Hui Theng