MAJLIS APRESIASI PUSAT BAHASA MODEN 2025
Dalam setiap organisasi, kualiti kerja sentiasa berpaksikan kepada sejauh mana usaha dihargai. Pengiktirafan bukan sekadar simbolik kejayaan, tetapi merupakan tindakan yang menyemarakkan motivasi, membentuk budaya kerja positif, dan menyatukan warga kerja ke arah matlamat bersama.
Menyedari hakikat ini, Pusat Bahasa Moden (PBM) UMPSA sekali lagi menganjurkan Majlis Apresiasi PBM 2025 bagi menghargai kecemerlangan staf sepanjang tahun 2024. Majlis ini mencerminkan komitmen kepimpinan PBM dalam membudayakan penghargaan sebagai strategi pembangunan organisasi yang mampan.
Pendekatan ini juga selaras dengan Teori Dua Faktor Herzberg (1959), yang menekankan bahawa pengiktirafan (recognition) merupakan salah satu faktor motivasi utama yang meningkatkan kepuasan kerja dan mendorong prestasi cemerlang. Melalui majlis seperti ini, PBM berusaha membina budaya kerja yang positif dan menyemarakkan semangat kecemerlangan dalam kalangan staf.
Sebagai tanda penghargaan atas sumbangan cemerlang staf, sebanyak 10 kategori anugerah diberikan pada majlis kali ini kepada individu dan pasukan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelbagai aspek. Berikut merupakan para penerima Anugerah Apresiasi PBM Tahun 2024:
1) Anugerah Staf Berdedikasi (Pentadbiran):
- Nor Ashikin binti Sulaiman
- Diberikan kepada staf yang mempunyai rekod prestasi cemerlang, penglibatan luar biasa dalam aktiviti luar tugas rasmi, serta komitmen tinggi terhadap tugas pentadbiran.
2) Anugerah Staf Berdedikasi (Bahagian Bahasa Inggeris):
- Azimah binti Ahmad Zaki
- Diberikan kepada staf atas penglibatan aktif dalam HE ELCA.
3) Anugerah Staf Berdedikasi (Bahagian Bahasa Asing):
- Lee Cheng May
- Diberikan kepada staf atas usaha mendapatkan sumbangan luar yang signifikan.
4) Anugerah Mesra Komuniti:
- Noor Azlinda binti Zainal Abidin
- Diiktiraf atas keterlibatan aktif dalam NGA serta kerja-kerja kemasyarakatan.
5) Anugerah Sukan:
- Syahrina binti Ahmad dan Shamsul bin Harbi
- Kedua-duanya telah mengharumkan nama jabatan dalam bidang sukan di pelbagai peringkat termasuk kebangsaan dan antarabangsa.
6) Anugerah Khas (Global Classroom):
- Kang Mei Feng
- Diberikan kepada staf yang paling aktif menganjurkan kelas bertaraf global sepanjang 2024.
7) Anugerah Khas (Penerbitan):
- Prof. Madya Dr. Noor Raha binti Mohd Radzuan
- Diberikan kepada staf atas pencapaian luar biasa dalam penerbitan akademik.
8) Anugerah Khas (Penulisan Popular):
- Jamilah Bebe binti Mohamad
- Diberikan kepada penulis prolifik di pelbagai platform PBM dan media luar.
9) Anugerah Khas (Unit Eksekutif):
- Unit Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
- Diberikan kepada Unit Eksekutif yang aktif di peringkat PTJ dan universiti sepanjang tahun 2024.
10) Anugerah Kreatif & Inovatif (Kumpulan)
- Nur Syafawati binti Sabuan, Wan Noor Farah binti Wan Shamsuddin, Nur Anisnabila binti Dianah, Abdul Jalil bin Abdul Rahim, dan Nurul Syazwani binti Aziz
- Kumpulan ini muncul sebagai pemenang dalam kategori Hasil Kreativiti Terbaik sempena Minggu EKSA 2024
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. PBM berharap agar Majlis Apresiasi ini terus menjadi tradisi yang menyemarakkan budaya kecemerlangan, mendorong warga jabatan untuk terus berkarya dan berbakti dengan penuh integriti, inovasi, dan semangat berpasukan.
Akhir kata, marilah kita sama-sama merenung hadis di bawah agar kita terus bekerja dengan lebih tekun dan amanah:
“Sesungguhnya Allah mencintai apabila seseorang dari kamu melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukannya dengan itqan (bersungguh-sungguh dan sempurna).”
(Hadis Riwayat al-Tabarani)
PBM juga berhasrat agar Majlis Apresiasi ini diteruskan sebagai acara tahunan, bagi meraikan kecemerlangan warga kerja dan membina budaya kerja berprestasi tinggi. Semoga penghargaan yang diberikan menjadi pemangkin untuk seluruh staf terus berusaha dengan lebih gigih, berinovasi, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada universiti. PBM turut menggalakkan semua warga jabatan untuk terus terlibat aktif dalam program pembangunan profesional, aktiviti kemasyarakatan dan inisiatif yang dapat memperkukuh lagi imej serta kecemerlangan Pusat Bahasa Moden di peringkat universiti dan nasional.
Tahniah dan Selamat Maju Jaya kepada semua warga PBM atas usaha dan komitmen sepanjang tahun 2024!
Disediakan oleh: Muhamad Aizat Bin Zulkifli & Jamilah Bebe Mohamad