Previous Next
">

LATIHAN KAWAD KECEMASAN PBM: GEMPA BUMI

19 Mei 2024 –Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pusat Bahasa Moden (PBM) telah mengadakan satu latihan kecemasan. Seramai 20 ahli jawatankuasa (JK KKP) Pusat Bahasa Moden terlibat dalam menjayakan latihan kawad kecemasan yang diselaraskan oleh Puan Farah Hanan Aminallah dan Cik Arulselvi a/p Uthayakumaran yang bertindak sebagai Incident Commander (IC) bagi latihan ini. Latihan kawad kecemasan pada tahun ini dilaksanakan hasil gabungan tiga pusat tanggungjawab yang diketuai oleh Pusat Teknologi Digital dengan kerjasama Pusat Bahasa Moden dan Perpustakaan UMPSA. Persediaan dan perbincangan gerak kerja telah dilakukan sejak awal untuk memastikan latihan ini dapat dilaksanakan dengan lancar seperti yang dirancang dan mencapai matlamat yang diinginkan.

Tema yang digunakan pada tahun ini ialah gempa bumi yang juga merupakan suatu bentuk insiden yang julung kali diadakan di PBM. Menariknya, latihan kawad kecemasan ini dilakukan secara rahsia, iaitu semua penghuni di bangunan Pusat Bahasa Moden tidak dimaklumkan terlebih awal, hanya ahli jawatankuasa yang terlibat sahaja yang dimaklumkan terlebih dahulu sebelum latihan ini berlangsung. Melalui cara ini kita dapat melatih dan memupuk kesedaran kepada semua penghuni agar lebih cakna dan bertanggungjawab atas keselamatan diri masing-masing ketika berada di tempat kerja.

Selain itu, latihan kali ini juga mengetengahkan proses memberikan rawatan dan menyelamatkan mangsa-mangsa yang terkandas. Mangsa yang mengalami kecederaan ringan diberikan bantuan pertolongan cemas pada peringkat awal untuk merawat kecederaan mereka sebelum mendapat rawatan daripada pihak bertualiah. Bantuan pertolongan cemas bukanlah mudah dan bukanlah rumit untuk dilaksanakan asalkan teknik yang digunakan betul kerana bantuan tersebut sebenarnya telah membantu mengurangkan kesengsaraan yang dialami mangsa. Seterusnya mangsa-mangsa yang terkandas dengan kecederaan lebih serius dan sebagainya akan di bawa keluar oleh pasukan bomba. Secara keseluruhan, latihan kawad ini memberikan pengalaman yang baharu dari segi cara pengendalian insiden gempa bumi termasuk usaha memberikan bantuan awal rawatan pertolongan cemas kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Disediakan oleh: Jamilah Bebe Mohamad Mohamad & Farah Hanan Aminallah


Print   Email