APRESIASI BERMAKNA, KECEMERLANGAN DISANTUNI: PBM MENGIKTIRAF JASA WARGA 2025
KUANTAN, 23 Januari 2026 – Pusat Bahasa Moden (PBM) telah menyampaikan pelbagai anugerah kecemerlangan kepada warga kerjanya sempena Majlis Apresiasi Staf PBM 2025 yang berlangsung di AC Hotel by Marriott Kuantan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan, pencapaian dan jasa staf sepanjang tahun 2025.
Pemberian anugerah ini penting sebagai pengiktirafan rasmi terhadap usaha dan komitmen staf yang kebanyakannya dilaksanakan secara berterusan di sebalik tabir, sama ada dalam pengajaran, pengurusan akademik, kolaborasi antarabangsa mahupun sokongan operasi harian. Penghargaan ini memberi mesej jelas bahawa sumbangan yang konsisten, walaupun tidak sentiasa terlihat, tetap diiktiraf dan dihargai oleh organisasi, sekali gus mengukuhkan motivasi serta rasa memiliki dalam kalangan warga PBM.
Sebanyak 18 kategori anugerah telah dianugerahkan kepada 51 orang penerima, merangkumi pelbagai aspek kecemerlangan termasuk prestasi akademik, sumbangan profesional, pengurusan dan kolaborasi antarabangsa. Kepelbagaian kategori ini mencerminkan pendekatan PBM yang menghargai sumbangan staf daripada pelbagai peranan dan tahap tanggungjawab secara menyeluruh.
Antara anugerah utama yang menjadi tumpuan ialah Anugerah Prestasi Gemilang, yang diberikan kepada tujuh orang staf atas pencapaian cemerlang dalam bidang masing-masing, serta Anugerah Sinergi Global yang mencatat jumlah penerima tertinggi dengan 16 orang staf sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan aktif dalam memacu jaringan dan kerjasama antarabangsa. Anugerah Bitara Intelek pula dianugerahkan kepada Prof. Madya Dr. Nik Aloesnita, Dr. Umi Kalsom dan Dr. Wan Jumani atas sumbangan akademik berimpak tinggi.
Selain anugerah formal, PBM turut memperkenalkan kategori anugerah kreatif berasaskan undian warga jabatan, antaranya Anugerah Google Manusia, Anugerah Pakar Urus Tarikh Akhir dan Anugerah Paling Lewat Pulang dari Pejabat. Kategori ini memberi pengiktirafan kepada sumbangan tidak formal yang sering menjadi tulang belakang kelancaran kerja harian serta menyumbang kepada pembentukan budaya kerja yang positif dan seimbang.
Kemuncak penyampaian anugerah menyaksikan pengumuman gelaran Best King & Queen, yang dimenangi oleh En. Mohammad Baihaqi bin Hasni dan Pn. Alia Najaa binti Md Nor berdasarkan kreativiti serta keupayaan mereka menzahirkan tema majlis secara unik dan berkesan. Berikut merupakan senarai penerima anugerah sempena majlis ini:
|
No |
Kategori Anugerah |
Nama Penerima |
|
1 |
Anugerah Staf Berdedikasi (Pentadbiran) |
Encik Muhamad Aizat Bin Zulkifli |
|
Anugerah Staf Berdedikasi (B. Inggeris) |
Dr. Fatimah Binti Ali |
|
|
Anugerah Staf Berdedikasi (B. Inggeris) |
Encik Mohd Shafiq Bin Abdul Jabar |
|
|
Anugerah Staf Berdedikasi (Bahasa Asing) |
Puan Kang Mei Feng |
|
|
Anugerah Staf Berdedikasi (Bahasa Asing) |
Puan Yanti Salina Binti Shaari |
|
|
2 |
Anugerah Prestasi Gemilang |
Cik Lee Cheng May |
|
Puan Nurkarimah Binti Yusof |
||
|
Puan Azlina Binti Mohd Ariffin |
||
|
Cik Leong Hui Theng |
||
|
Cik Arulselvi A/P Uthayakumaran |
||
|
Puan Zarina Binti Mohd Ali |
||
|
Dr. Azwin Arif Bin Abdul Rahim |
||
|
3 |
Anugerah Personaliti Mesra |
Cik Nurul Syazwani Binti Aziz |
|
4 |
Anugerah Aspirasi Portfolio Unggul |
Puan Nurul Nadia Binti Muhammad |
|
5 |
Anugerah Aspirasi Dinamik Sukan |
Profesor Madya Dr. Hafizoah Binti Kassim |
|
Cik Mahzaton Aqma Binti Abu Talip |
||
|
Encik Shahanor Firdaus Bin Ismail |
||
|
6 |
Anugerah Khidmat Bakti |
Puan Yong Ying Mei |
|
Encik Mohd Shafeirul Zaman Bin Abd Majid |
||
|
7 |
Anugerah Sinergi Global |
Puan Azlina Binti Mohd Ariffin |
|
Cik Jamilah Bebe Binti Mohamad |
||
|
Puan Kang Mei Feng |
||
|
Cik Lee Cheng May |
||
|
Puan Yong Ying Mei |
||
|
Encik Abdul Jalil Bin Abdul RAHIM |
||
|
Encik Amir Haikal Imran Bin Ahmad Asha'ari |
||
|
Cik Mahzaton Aqma Binti Abu Talip |
||
|
Puan Nurkarimah Binti Yusof |
||
|
Puan Nurul Nadia Binti Muhammad |
||
|
Puan Siti Asma' Binti Yaacob |
||
|
Cik Wan Noor Farah Binti Wan Shamsuddin |
||
|
Hajjah Noor Azlinda Binti Zainal Abidin |
||
|
Puan Noraisah Nurul Fatwa Binti Mohd Razali |
||
|
Puan Siti Ainun Jariyah Binti Hassan |
||
|
Puan Zatul Amrah Binti Mohammad Nazri |
||
|
8 |
Anugerah Citra Pena |
Cik Jamilah Bebe Binti Mohamad |
|
Cik Leong Hui Theng |
||
|
Puan Noraisah Nurul Fatwa Binti Mohd Razali |
||
|
9 |
Anugerah Bitara Intelek |
Profesor Madya Dr. Nik Aloesnita Binti Nik Mohd Alwi |
|
Dr. Umi Kalsom Binti Masrom |
||
|
Dr. Wan Jumani Binti Fauzi |
||
|
10 |
Anugerah Khas – Unit KIK |
Cik Sarah Binti Zulkiple |
|
Anugerah Khas – Unit Sukan & Rekreasi |
Puan Syahrina Binti Ahmad |
|
|
Anugerah Khas – Unit E-Pembelajaran |
Dr. Ruhil Amal Binti Azmudin |
|
|
11 |
Anugerah Hilang Dalam Terjemahan |
Cik Fathiah Izzati Binti Mohamad Fadzillah |
|
12 |
Anugerah Paling Lewat Pulang |
Cik Lee Cheng May |
|
13 |
Anugerah Saya Boleh Tolong |
Puan Nur Anisnabila Binti Dianah |
|
14 |
Anugerah Google Manusia |
Puan Suriayati Binti Mohd Sidek |
|
15 |
Anugerah Penceria Suasana Pejabat |
Puan Hanisah Binti Bon (Kasbon) |
|
16 |
Anugerah Tulang Belakang Senyap |
Puan Siti Ainun Jariyah Binti Hassan |
|
17 |
Anugerah Pakar Urus Tarikh Akhir |
Puan Mardhiyyah Binti Zamani |
|
18 |
Anugerah Bakat Profesional Harapan |
Encik Abdul Jalil Bin Abdul Rahim |
Secara keseluruhannya, penganugerahan ini bukan sekadar simbol pencapaian individu, malah berfungsi sebagai pemangkin motivasi dan inspirasi kepada seluruh warga PBM untuk terus mengekalkan prestasi cemerlang, semangat kerjasama serta komitmen profesional dalam mendukung agenda kecemerlangan pusat secara berterusan. Sejajar dengan nilai penghargaan dan pengiktirafan terhadap usaha, Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan sebaik-baiknya.”
(Hadis riwayat al-Tabarani; dinilai hasan oleh al-Albani).
Disediakan oleh: Puan Suriayati Binti Mohd Sidek & Jamilah Bebe Binti Mohamad