Official Website    

UNIT SUKAN & REKREASI

Pengenalan

Unit Sukan dan Rekreasi Staf Pusat Bahasa Moden diwujudkan sebagai satu usaha untuk memupuk budaya kerja yang sihat, ceria, dan harmoni dalam kalangan kakitangan akademik dan pentadbiran. Di samping memenuhi keperluan kesejahteraan fizikal dan mental, unit ini juga menjadi platform untuk mempererat ukhuwah, meningkatkan motivasi kerja, serta mengukuhkan kerjasama berpasukan dalam suasana kerja yang positif dan seimbang.

Melalui penganjuran aktiviti sukan, riadah dan rekreasi secara berkala, unit ini berperanan membantu warga Pusat Bahasa Moden mengekalkan kecergasan, mengurus tekanan kerja, serta meningkatkan produktiviti secara holistik.

Objektif:
  1. Meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental staf melalui penglibatan dalam aktiviti sukan dan rekreasi secara berkala.

  2. Memupuk semangat kekitaan dan kerja berpasukan dalam kalangan staf akademik dan pentadbiran.

  3. Mewujudkan budaya kerja yang positif dan harmoni sebagai asas kecemerlangan organisasi.

  4. Mengurangkan tekanan kerja dan meningkatkan keseimbangan kehidupan-kerja (work-life balance) bagi meningkatkan motivasi dan produktiviti staf.

  5. Menyokong aspirasi institusi dalam melahirkan warga kerja yang cergas, ceria dan berdaya tahan.

CARTA ORGANISASI

CADANGAN AKTIVITI

Tenses Clinic

Program Gotong Royong

Speak Up!

English Camp

Program bersama Unit Perkhidmatan OKU UMPSA

LIST OF ACTIVITIES 2023

Enigma English
Date: 17 Nov 2023
Venue: SK Kampung Acheh, Pekan

 

Fly High English Camp
Date: 28 August 2023
Venue: 10 Squadron Auditorium Kuantan Airforce Base

 

Online Webinar Series HU 2023
Date: 11 Sept- 15 Sept 2023
Channel: Ms Teams

 

Program Semarak Merdeka
Penilaian: 6 Sept 2023
Tempat: Perpustakaan, UMPSA Paya Besar

Penutup: 14 Sept 2023
Tempat: Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1) Kuantan

 

Speak Up!
Date: 2-3 August 2023
Venue: UMPSA Paya Besar Campus

 

UNITYINK
Date: 2- 4 Oct 2023
Venue: Hiroshima University, Japan

CONTACT US

Penyelaras: Pn. Syahrina binti Ahmad