Previous Next
">

SIRI SANTAPAN ROHANI (RECAP AND REFRESH) @ PBM EDISI RAMADAN 2024

Jika hati seputih awan
Jangan biarkan ia mendung
Jika hari seindah bulan
Hiasi senyuman.

Marhaban Yaa Ramadan

Kembali lagi bulan Ramadan mulia pada tahun ini yang sudah pasti menyuntik kembali semangat untuk kita semua mempertingkatkan amal ibadat kita. Unit Pengukuhan Organisasi Pusat Bahasa Moden (PBM Care) dengan kerjasama Pusat Sains Kemanusiaan (PSK) UMPSA turut tidak ketinggalan dalam menganjurkan sebuah program bersiri berbentuk kerohanian. Program yang dikenali sebagai Siri Santapan Rohani (Recap and Refresh) @ PBM Edisi Ramadhan 2024 ini diadakan pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan Ramadan. Program ini dilaksanakan dalam dua mode iaitu secara fizikal bertempat di studio PBM dan secara langsung dalam talian pelantar Facebook Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Facebook PBM. Siri Santapan Rohani yang berlangsung sejam ini menampilkan pensyarah terpilih secara bergandingan setiap minggu dari PSK meliputi beberapa tajuk seperti berikut:

Tarikh

Penceramah

Tajuk

15 Mac 2024

Prof. Dr Hasan Ahmad & Dr Mohamad Hilmi Mat Said

Ciri-Ciri Puasa Orang Soleh

22 Mac 2024

Dr Abdul Kamil Jamaludin & Prof. Madya Dr Rashidi Abbas

Al-Quran Pembimbing Ummah

29 Mac 2024

Dr Muhammad Khalis Ibrahim & Dr Mohd Rahimi Ramli

Ramadhan Pemacu Toleransi Pelbagai Kaum

 

Menerusi perkongsian ini para pendengar di perkenalkan dengan potongan ayat Al-Quran dan Hadis yang berkaitan bulan Ramadan yang boleh dijadikan sebagai panduan dan pedoman dalam menjalani ibadah berpuasa dengan lebih bermakna. Para penonton di sarankan agar mengamalkan amalan yang disarankan ketika berbulan puasa adalah membaca Al-Quran secara bertadarus yang bertujuan memperbaiki bacaan, hafalan serta terus cintakan Al-Quran. Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Al Bukhari yang membawa erti “Jagalah Al-Quran, Demi Allah yang jiwaku berada di tangan NYA”. Selain itu, perkongsiaan ini juga membincangkan cara-cara bagaimana menjalani kehidupan sebagai seorang muslim tetapi penuh hikmah dan toleransi dengan kaum-kaum lain di negara ini. Dengan kedua-dua sifat ini kita bukan sahaja menjalani kehidupan seorang muslim yang baik tetapi menjadi contoh yang boleh diteladani oleh masyarakat sekeliling.

Perkongsian sebegini sangat bermanfaat dan secara tidak langsung merupakan medium untuk semua pendengar dan pihak terlibat untuk mengambil tindakan muhasabah diri. Hal ini selaras sifat manusia yang sering terlupa dan perlu sentiasa diingati. Melalui peringatan sebegini semua pihak boleh mengambil iktibar untuk terus beramal dan melakukan tindakan yang baik sepanjang bulan mulia ini serta diteruskan pada masa akan datang.

Salam Ramadan 2024 dan Salam Syawal 2024 yang mulia!

Disediakan oleh: Erma Yanti binti Zakaria & Jamilah Bebe Binti Mohamad


Print   Email